ylliX - Online Advertising Network
6 pemeriksa ditahan, disyaki terlibat sindiket lulus kenderaan berat

6 pemeriksa ditahan, disyaki terlibat sindiket lulus kenderaan berat


SPRM LOGO
SPRM menahan lapan suspek disyaki terlibat sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, hasil soal siasat ke atas ejen yang diserahkan JPJ.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Penahanan semua suspek adalah hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.

“Bagaimanapun, keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil,” katanya.

Sumber memaklumkan dua lagi individu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 11 Jan depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Menurut Ahmad lagi, setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat.

Pada 30 Dis lalu, JPJ melaksanakan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara bermula 9.30 pagi membabitkan 350 pegawai dan anggota bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Puspakom mematuhi piawaian ditetapkan.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *