ylliX - Online Advertising Network
Jurutera didenda RM6,000, mengaku miliki pornografi kanak-kanak

Jurutera didenda RM6,000, mengaku miliki pornografi kanak-kanak


Gavel
Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap Koay Lian San yang mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak. (Gambar Pexels)

PETALING JAYA: Seorang jurutera didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau di Pulau Pinang atas dua tuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak pada 23 Dis lalu.

Koay Lian San, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistert Chia Huey Ting, lapor Berita Harian.

Chia turut mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Koay didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak di rumahnya di Taman Sungai Ara, Bayan Lepas pada jam 9.20 malam, 23 Dis lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki video-video lucah yang disimpan dalam komputernya pada waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Semasa prosiding, Lushani memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran selain memohon barang kes dilupuskan setelah tamat tempoh rayuan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh merayu denda minimum dan memaklumkan tertuduh perlu menyara isteri, dua anak serta ibunya dan mempunyai pendapatan RM4,500 sebulan.

Media pada Selasa lalu polis menahan 13 lelaki di enam negeri Semenanjung yang disyaki melakukan kesalahan seksual dalam talian membabitkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata semua warga tempatan berusia 20 hingga 74 tahun itu ditahan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *