Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah kenderaan mengekori ambulans yang membahayakan pengguna lain di Lebuhraya Persekutuan. SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara berbahaya dan mengekori sebuah ambulans dalam keadaan membahayakan ambulans dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Persekutuan di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata […]
Di Kelantan jumlah mangsa banjir ditempatkan di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat malam tadi. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 146,611 orang malam ini berbanding 142,684 petang tadi, dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi. Situasi banjir di tiga negeri iaitu […]
Mohd Zawawi Zakaria (dua, kiri) bersama agensi penguatkuasa Kastam melihat barangan kargo yang dibawa pemandu lori pada Operasi Bersepadu membabitkan tujuh agensi penguatkuasaan di Hentian RTC Gopeng semalam. (Gambar Bernama) GOPENG: Sebuah bas ekspres yang menuju ke Pulau Pinang ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandunya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng malam tadi, ketika pihak […]
Timbalan Ketua Polis Melaka, Md Nazri Nawawi berkata, polis percaya tahanan yang melarikan diri itu tidak mendapat bantuan daripada mana-mana individu. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang tahanan warga Indonesia yang meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari di Kompleks Mahkamah Alor Gajah, Melaka pada Isnin lalu berjaya ditangkap semula semalam ketika bersembunyi di sebuah kebun durian […]
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir menegaskan kemasukan ke IPTA berdasarkan merit dan tidak patut ia menjadi isu perkauman. (Gambar Bernama) IPOH: Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir. Beliau berkata, kegagalan mendapat tempat di universiti awam […]
Rafizi Ramli berkata, kerajaan persekutuan berhasrat menjadikan tanah milik kerajaan negeri dan persendirian belum diteroka sebagai gedung makanan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan berhasrat memanfaatkan aset tanah yang luas di Kelantan dengan merancang membangunkan banyak kilang berasaskan industri makanan dan pertanian. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata ia ingin dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) […]
Tiga suspek direman enam hari untuk siasatan rasuah membabitkan kegiatan melombong bauksit tanpa mengikut prosedur sah di sekitar Kuantan. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur sah di sekitar Kuantan yang disyaki turut dilindungi pegawai sebuah agensi kerajaan negeri sejak dua […]
Bekas MB Perlis Azlan didakwa atas tuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta SPRM dan Amla. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Perlis Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta milik kerajaan Perlis. Tuduhan dibacakan terhadap Azlan, 65, selepas Timbalan Pendakwa Raya […]
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook (kiri) bersama Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo (dua dari kiri) pada Konvensyen Biasa DAP Selangor di IDCC, Shah Alam, hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pimpinan pusat memberikan autonomi kepada DAP Sabah membincangkan kerjasama dengan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menjelang PRN akan datang, kata Setiausaha Agung DAP […]
Mas Ermieyati Samsudin kekal ketua Bersatu Masjid Tanah manakala Abdul Rahim Tamby Chik menang jawatan ketua bahagian Alor Gajah dalam saingan satu lawan satu. MELAKA: Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai ketua Bersatu Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu yang berlangsung semalam. Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Melaka dalam kenyataan hari […]