ylliX - Online Advertising Network
Penternak lembu diusir dari ladang SD Guthrie, 3 tapak baharu dicadang

Penternak lembu diusir dari ladang SD Guthrie, 3 tapak baharu dicadang


Rizam Ismail
Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Rizam Ismail, berkata kerajaan negeri komited memastikan kesejahteraan semua pihak termasuk penternak lembu, syarikat ladang, dan masyarakat setempat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga tapak dicadangkan untuk melepaskan lembu secara selamat kepada penternak yang menerima notis pengusiran daripada syarikat ladang, SD Guthrie, Sabak Bernam.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Rizam Ismail, berkata tapak dicadangkan ialah tanah warta Jabatan Veterinar Sabak Bernam di Beting Kepah, Bagan Nakhoda Omar; tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Mukim Sungai Panjang; atau tanah warta Pentadbir Tanah Sabak Bernam di Pekan Bagan Terap.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan menjamin keselamatan awam dan kepentingan penduduk setempat, selain mewujudkan situasi menang-menang demi menoktahkan isu berkenaan.

“Penternakan yang dibenarkan di tapak-tapak ini hendaklah dijalankan secara feedlot dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Kerajaan Selangor komited dalam memastikan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam isu ini, termasuk penternak lembu, syarikat ladang, dan masyarakat setempat,” katanya menurut Bernama.

Mengulas mengenai notis pengusiran, Rizam berkata keputusan memberikan notis berkenaan bukan dibuat kerajaan negeri, tetapi ia dasar dalaman ditentukan syarikat itu memandangkan tanah ladang yang terlibat adalah milik syarikat.

Pada 18 Dis, Rizam dilaporkan berkata SD Guthrie akan mengeluarkan notis rasmi kepada penternak lembu yang menduduki tanah syarikat itu secara tidak sah, untuk memindahkan haiwan ternakan mereka di Sabak Bernam, selewat-lewatnya 31 Jan.

Beliau berkata langkah itu susulan aduan pelbagai pihak berkaitan lembu ternakan yang didakwa dibiar bebas, sehingga menjejaskan keselamatan penduduk serta berlakunya insiden seorang lelaki meninggal dunia pada 23 Okt, ekoran motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Sabak Bernam.

Semalam, Penyelaras Gabungan Penternak Marhaen Nasional R Vijayagandi menggesa kerajaan Selangor campur tangan bagi membatalkan notis pengusiran ternakan dikeluarkan SD Guthrie kepada penternak haiwan di Ladang SD Guthrie, Sabak Bernam pada 31 Dis.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *